kalau tengah marah dekat kawan kawan; jangan tulis dalam blog, twitter, facebook, status gtalk dan sebagainya.
aku personally pernah buat kat seseorang dan setelah beberapa jam kemudian aku menyesal.
sebab apa?
pertama : tidak lah baik kita membuka aib orang lain; mungkin kita perli merli secara kasar.
tapi status atau post tu akan buat orang tertanya tanya. dan akhirnya dapat meneka siapakah gerangan nya.
ewahhh
kedua : apabila kita marah, kita akan taksub serta merta memikirkan segala yang buruk tentang kawan tersebut; lantas otak akan terang terang mereject segala kebaikan yang pernah dilakukan oleh beliau.
ketiga : kerana sabar dan memaafkan itu lebih indah.
pesanan buat diri yang kadang kadang emotional ; cool dan bosan.
☺☺ .mine. ☺☺
No comments:
Post a Comment