Thursday, July 28, 2011

kalau aku tak masuk utp

kalau aku tak masuk utp.
aku mesti masuk matrik johor.
pastu mesti aku masuk utm skudai.
aku mesti amek kos pendidikan mathematic
da besar nati aku mesti jadi cikgu
mak aku suka anak pempuan jadi cikgu
lagi pon aku tak ada cita cita
kecik kecik dulu nak jadi angkasawan
mak tak bagi,aku sedih
bila da besar aku rasa "nonsense giler cita-cita aku!"
patut pon mak tak bagi.

kalau aku masuk utm skudai
aku pon mesti balik rumah tiap minggu
balik sama sama ngan abg diq atau kak yah
tiap minggu boleh menyemak kat umah;
boleh makan same same ngan abang kakak
shoping same same, tido same same, 
joging same same, belajar same same
 sumela same same.

kalau aku masuk utm skudai,
mesti hari-hari aku bukak posa kat umah.
macam abg diq nak buat  posa tahun ni.
boleh makan sedap sedap
banyak banyak banyak
apa nak kesah? rumah dekat je..
study week pon kat rumah..
exam week pon kat umah..
time ade paper je balik universiti.

kalau aku masuk utm skudai
da besar aku mesti jadi cikgu mathematic
gaji besar, keje sampai tengahari je
bile school holiday; cikgu pon mesti cuti
kalau aku jadi cikgu,
senang lah nati nak jaga mak 
 senang nak jaga anak anak dan suami..
indahnya kalo aku masuk utm;

tapi.
itu suma dulu; da lama aku buang perkataan 'kalau tu';
setiap yang berlaku ada hikmahnya;
besar hikmahnya dapat belajar di utp :)



siapakah aku?
hanya manusia biasa;
yang  merancang
tapi selebihnya Allah yang tentukan.
kenapa mesti ada kalau?
kita memang suka cakap kalau itu gini gini;
apa yang kita tahu?
mungkin sebenarnya plan kita nampak indah
tapi, ALLAH lagi mengetahui ape yg terbaek.
hanya orang yang tak bersyukur suka cakap 'kalau';

kadangkala benda yang kite mahukan
bukan lah ape yang terbaek untuk kita
Allah tidak memberi apa yang kita mahukan
tetapi apa yang kita perlukan..
[bezakan maksud mahu dan perlu]
redha dan bersyukur ^_^


☺☺ .mine. ☺☺

2 comments:

tiefazatie said...

syukur la dengan apa yg ada nie..=)

siti hasanah said...

betul2..alhamdulillah :)