source : zaharuddin.net
Benar, tanpa taubat yang sungguh-sungguh, pastinya benih-benih dosa
dan kejahatan yang diasaskan seperti 'ringan-ringan dan zina' semasa bercinta
akan merebak selepas kahwin dan seterusnya kepada zuriatnya.
Ia berdalilkan firman Allah SWT :
فِي قُلُوبِهِم مَّرَضٌ فَزَادَهُمُ اللّهُ مَرَضاً
Ertinya : Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya " ( Al-Baqarah : 10 )
Maka sesiapa yang membiarkan ikatan pertunangan
dan era mudanya dicemarinya dengan 'ringan-ringan dan zina',
ia membenihkan penyakit yang serius dalam hati.
Tanpa taubat yang sebenar,
Allah SWT akan membiakkan lagi peluang dan ruangnya untuk menjadi orang yang celaka,
dan mendapat keluarga yang bakal runtuh, kecoh dan hancur.
Kelaurga yang amat berpotensi melahirkan suami yang bermain kayu tiga,
isteri bercinta dan zina dengan rakan sekerja,
anak yang menjadi penzina muda di sekolah dan lain-lain
bencana keluarga yang pastinya diakhiri dengan penceraian dan penderitaan anak-anak.
Matinya si ibu bapa ini kelak, mungkin diiringi dengan celaan
atau sorakan oleh anak-anak peninggalannya.
Nauzubillah minzalik (minta di jauhkan Allah).
[renung-renungkan dan selamat beramal,
bercinta memang indah,
"i love kau sampai mati" ayat bese di sebut.
tapi bercinta bertahun pun tak menjamin kebahagiaan rumah tangga,
"beware with our actions today cause it will affect our tomorrow"
which one do you prefer? bahagia sebelum kahwin atau selepas kahwin?
sama-sama kita renungkan and take action. ^_^]
☺☺ .mine. ☺☺
2 comments:
bercinta sampai mati,
pegang tangan tu wajib sekali,
dosa pun dapat free-free
betol 2..smoge kite ambil iktibar bersama :)
Post a Comment